Rabu, 13 Disember 2017

Food hunting

Salam! Ada ramai yang cadang buat thread pasal makanan. Memang dahi aku ni nampak rupa makanan ke apa? Takdelah, sebelum ni aku selalu food hunting, tangkap gambar makanan dan share dekat instagram. Mesti ramai tak tahu yang selama ni aku duk sakan makan lepastu share kat ig, sebenarnya aku siap buat list dalam buku setiap cafe yg aku survey. Ramai gakla member aku duk gelak sakan terguling guling..




 'apa bende ko buat list cafe ni??!!'
 eh ingat sikit kita sama sama melantak.Bukan i sorang tau. Jgn bnyk bunyi. ekekeke. 

Pernah sekali tu tengah syok layan hindustan, member call. Kemain lah sebak ingat mmber call nak tanya khabar ke apa. Rindu ke. Punyalah kita ni semangat ha jawab. Waktu tu dah pukul 11 malam. 

'Zaiyanna, cafe mana area Kuantan ni still bukak waktu macam ni?' 

Dengan sendu nya, aku tersenyum manis, jawab dengan tenang. 

Duk dalam kelas tengah syok borak.. 

'Cafe mana yang best nak buat surprise untuk orang tersayang eh?' 

Nasib baik diknon tak tanya hakak 'cafe mana sesuai nak buat wedding' terkejut iols. Bukan apa weh, aku suka share apa yang aku rasa seronok. Yang pentig  barang benda baik kita kena share. At least apa yang aku buat ni, share pasal cafe yang best area Kuantan.. dh banyak bukak mata orang ramai. Ada sekali aku sjaa la duk menyibuk satu thread kat twitter psl cafe yg best kat kuantan. Dah takde kerja sangat, aku join sekali thread dia. Duk mencelah. Tetiba ada mmber sorang ni share dekat fb thread tu dah viral rupanya. Aku ternganga jap. 

'Selama aku duduk kuantan, aku baru tahu ada cafe ni.'

'Bnyak jugak cafe best kat kuantan' 

'Kenapa aku tak pernah pergi padahal dekat je dgn area rumah.' 

See? Dah banyak bukak mata orang ramai Kuantan ni banyak je sebenarnya cafe yang best, tempat yang menarik. Apa ingat Kuantan ni old-fashioned sgt? Aippp. Hidup kan kena bijak dan terus mencari kelainan, sering mencuba sesuatu yang baru? So entry seterusnya, iols akan share cafe yang best kat kuantan! ;p


Tiada ulasan: