Selasa, 2 Februari 2016

Kerja penat tapi seronok

Boleh tahan lama jugak aku 'berehat'. Orang berpantang pun tak ambik masa lama macam ni. Memandangkan aku tengah rajin jadinya aku nak cerita jugaklah aktiviti apa yang berfaedah sangat aku buat masa cuti sekolah haritu. Sebenarnya aku berangan mat jenin je nak kerja part time. Aku saja bagitahu ayah aku hasrat tu.Ayah aku macam tak berapa nak kasi. Macam terkejut jugaklah, buang tabiat ke anak aku ni? Baju sekolah pun aku cuci, nak berdikari kuuunun. Bila ayah dengan mak aku macam tak kasi, air mata ni banjir jugaklah.Sebabnya aku fikir satu je, aku malas nak study (sebab dah cerdik.. confirm dapat 10A+++) *dengan nada sinis* jadinya kerja aku 24/7 bertemankan phone, bangun pagi tak wujud dah. Ni kalau bakal mak mertua tengok, bukan menantu dah ni tapi hantu. Oleh disebabkan perangai aku dah tak serupa orang, aku pun bertekad nak kerja. Tapi lama lama tu aku redha, mungkin ada hikmah kot tak boleh kerja. Bermulanya haritu aku dengan kakak aku dah pergi tengok tempat kerja lama kakak aku. Kitaorang memang rapat dengan tauke kedai tu. Jadinya mudahlah laluan aku nak kerja. Nak dijadikan cerita, kedai yang aku pergi tu  dah takde kerja kosong sebabnya esok tu, dah ramai yang nak masuk. Tapi takpalah, cawangan wife dia kat Mega pun ada. Tanpa melengahkan masa, kitaorang pun pergi tanya kot kot ada kerja kosong ke tak. Nasib baik dah kenal, tanpa agak-agak.. dia terima aku kerja tapi bukan mula haritu. Next week! Paling terkejut masa tu, BATA tu under parkson sebabnya ada Back To School. Maksudnya, jual kasut sekolah. As a promoter, ok! Gaji pun ok. Punch card pukul 9:30 pagi. Sampai je rumah, mak ayah aku agak keberatan nak kasi. Sebabnya aku dah lah takde lesen, transport payah. Ayah dengan mak aku masuk kerja, office hour. Bila nampak ayah dengan mak aku diam, aku pun malas nak fikir sampai pening kepala. Anggap kalau tu rezeki aku, kira macam dah bersyukur sgt.

9 dec 2015: Cadang nak keluar sebabnya kawan sekolah rendah aku dari kl tetiba ajak jumpa. Gila tak happy? Fuh, dapat jugak aku mengubat hati yg lara. Haritu aku sampai rumah pukul 11:30 malam. Family kawan aku ajak keluar makan, karouke. Petang, kitaorang pergi kedai mak dia tepi pantai. Best! Awal awal tu ayah aku call, balik awal sikit sebab ada surprise. Aku macam pelik, eh kenapa? Kakak aku dapat kerja dekat johor ke? Nak ajak dinner ek? Ayah aku tak jawab. Dia cuma cakap, balik awal. Lama lama tu, aku tak syak lagi. Ayah aku whatsapp dan tanya aku, ada tak seluar jeans hitam? Aku jawab, ada je tapi kalau nak kasi kakak aku pinjam.. tak muat kot. Pinggang kitaorang lain. Harap maklum.

10:30 p.m: Kitaorang makan dekat Last Minute Cafe. Tetiba kakak aku whatsapp,

'Balik awal sikit. Esok you kerja.' 

Mak datuk! Biar betik? Terkezuts hakak. Oh ni lah surprise yag dikatakan? Hek eleh, ingatkan tawaran kerja kakak aku tu diluluskan. Sampai je rumah, aku tersengih macam kerang busuk. 

'Esok pakai je baju biasa. Nanti dorang kasi uniform.' 

'OK.' Sengih.

'Esok pergi pukul 1 lebih, terus pergi kedai dia.' 

'OK SIS' Sengih. 

10 dec 2015
12:45 pm: Sempat jugaklah ayah aku kasi ceramah free. 

'Dah kerja ni, jangan mudah terpedaya dengan orang, pandai bawa diri 
dan kena ada sikap sabar, dengar arahan ketua, TAK BOROS. Walaupun kerja kena berdiri, kena kuatkan minat. Orang lain boleh, takkan kita tak boleh?' 

1:00 pm: Kedai ramai jugak masa tu. Lepas dah dapat uniform, aku pun berdiri tegak depan bos aku. Sebab tak dapat apa apa arahan lagi sama ada aku kerja dekat situ atau dekat department lain. Seorang ni kawan kakak aku, dia dah lama kerja kat situ. Nama, Bibi. Dia yang bawa aku turun parkson. Boleh tahan kecut perut jugaklah, ilmu kosong kat dada. (ceh)  first step, dah ada yang datang...

'Kak, saiz kasut 5 ada tak?' 

'Dik.. saiz yang paling kecik, berapa eh?'

Menangis jiwa hakak. Hakak baru masuk kerja arini. Nasib baik ada seorang partner aku, nama dia Hasrul. Watak: lemah lembut, ayu, hensem. Yes! Dia macam squid tapi kacak. Memang dia lah banyak bantu aku. Lepas dah isi borang, tetiba manager tu tak berapa nak kasi pekerja yang under 18, kerja 8 jam sehari. Sepatutnya aku form 4, dapat kerja dalam 3-4 jam je. Bila bos aku tahu, dia bawa aku naik atas. Maknanya... aku kena jaga BATA bahagian atas. Aku agak terkilan sikit sebabnya mula mula aku fikir, mesti  kerja teruk sebab bukan hanya kasut sekolah yang aku akan jaga tapi semua kasut yang ada dalam kedai. Setiap kasut, kita kena ingat code. Kalau kasut hitam, mula dari number 6. White shoes, code awal dia 1. Contoh kasut hitam yag aku ingat, 6070, 6228, 6040. Kasut putih, 1070, 1228, 1040, 1221. Kalau North star saiz paling besar.. saiz 10. Tak termasuk kasut lain. Memang kelam kabut jugak tapi lama lama, aku dapat kawal situasi tu. Lega lah. Penat tapi seronok. 

Tiada ulasan: