Jumaat, 7 April 2017

SKINCARE ROUTINE 2: NANO WHITE FRESH AQUA SLEEPING ESSENCE

Salam! Aku still terkejut campur bersyukur tetiba ramai dm dekat ig tanya pasal skincare routine. Aku jugak berbesar-hati reply walaupun dm aku selalu bermasalah tak kuar noti. (Nampak tak effort? Punyalah friendly, engko) Memandangkan ada sambutan, jadinya aku tetiba ter-rajin nak share skincare routine part 2. Nak kata yang muka aku ni flawless pun tak tapi Alhamdulillah, pimples kat muka ni dah perlahan-lahan undur diri. Nak cantik bukan mudah. Tapi jangan cuba jalan paling mudah okay? Takpa biar lambat asal selamat. Aku perasan sejak aku sibuk ber-food hunting.. tak jaga makan, bantai je seafood apa semua.. pimples kat muka makin beranak-pinak. Tension gak kadang2 tapi satu je aku nak pesan, banyakkan minum plain water. Jgn biarkan sleep-pattern anda tak teratur. Make sure rehat at least 7- 8 jam. Aku kenal pasti masalah apahal lah muka ni naik pimples padahal sebelum ni sikit je dan jarang ada, rupanya tak jaga tidur lepastu kurang minum air dan tak makan buah/sayur. Kakak aku punyalah membusuk hati dgn hadek sendiri..

'Weh pahal muka ko dah tak flawless??! Kat dahi berketul-ketul' 

Tersedu menangis dibucu katil weh. Punyalah kuwang-hajo dapat kakak cenggitu. Nasib baik haku sayang. Aku lek jela. Buat apa nak down sangat muka berjerawat. Benda boleh settle beb. Lagi ko stress, lagi riang-ribena si pimples lepak kat muka tu. Muka tu ada senyum sikit.

-

-

-

Semua sedia maklum, aku memang pengguna setia Nano White Fresh. Baru baru ni harga dah naik sikit beb. Haru-biru gak aku check purse nasib ada duit lebih. Tapi still boleh sujud syukur sbb 1set tu (Mist+moisturizer+facial cleanser) tak sampai 30hengget. Baru 28hengget posen posen. Haritu masa watsons kat area rumah aku ada promotion, gempakla harga dia dlm 22hengget. Ni naik harga kalau aku bising depan mak aku.. mau dia basuh aku ayat win dia

'Tandas awam pun dah bayar skrg.' 

Jadinya haritu duit ada lah cukup cukup sbb mmg niat nak pergi sana, beli barang muka. Yelah dah syok food hunting tak ingat dunia, ada pimples merayap baru gatai cari watsons. Hati ni membara gak masa nak pergi kot kot watsons area rumah aku tak cukup barang lagi. Pergi haritu, banyak pulak stok-stok baru. Aku pun biru satu muka sebab banyak pulak duk capai. Punyalah berlagak mak senah masuk, ambik bakul terus catwalk kesana-kemari ewah. Tak, saja je drama. Lepastu mata aku duk pandang lama kat Nano White Fresh. Fuh makin banyak pulak set dia. Skrg ni ada yg charcoal mask, scrub, night essence. Se-kekwat aku pun sibuk mencatu letak-ambik-letak-ambik. Sbb aku fikir, beli benda yg perlu. Yg selebihnya tu next time pun boleh. Kalau beli scrub tu, kat rumah aku ada lagi tak terpakai. So, fikir punya fikir.. aku grab NANO WHITE FRESH AQUA SLEEPING ESSENCE. 









'Elok ke Nano white fresh punya sleping essence?' 

'Apa yg best sgt?' 

'Tak bahaya ke?' 

Balik tu dah siap cuci muka apa semua, aku saja nak try. (Facial cleanser-toner-sleeping essence) Bangun pagi tu, biasa biasa je. Takde effect apa apa lagi. 5 hari pakai, esok pagi tu muka rasa licin je beb. Tengok dahi, pimples yg dah membunting, beranak pinak semua mengecut. Hebat gila. Ni pun dah kurang sikit kat muka. One of my fav. Bila sapu muka, cepat serap. Bangun pagi rasa licin je muka. Yg paling best, sleeping essence ni 2 in 1. Lepas dh cuci muka, spray mist sikit then sapu muka perlahan, dah rasa kering.. sapu terus sleeping essence tu. Tak payah pakai moisturizer dah. Produk ni dh termasuk moisturizer beb.



Aku cakap kat mak aku nak beli ROSE WATER. Tetiba..

'Biasa nya rose water ni untuk jenazah.' 

Terdiam seribu bahasa. 

Haritu nk dijadikan cerita, aku beli RM15+ lepastu tetiba member aku salmah beli 8rengget2posen. Mula mula tak percaya minum ketum ke dia ni. Biar betul. Aku pun pergi tengok sendiri mmg betul. Aku pun apa lagi grab lah satu. Sampai je rumah, aku letak dalam botol yg spray tu. Selalu aku pakai rose water ni setiap petang. Kalau duduk rumah saja saja muka rasa oily sangat, aku spray. Aku gilir gilir dengan green tea. Contoh minggu ni pakai rose water. Lusa pakai green tea pulak. Green tea tu pun aku spray gak. Dua dua ni elok tau untuk hilangkan jerawat. Senang je. Lepas dah spray spray, dua jam kemudian tu aku sapu aloe vera pulak.  Sbbnya Vitamin yang ada kat gel aloe vera tu boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi.



KEBAIKAN ALOE VERA: 
  • Boleh kecutkan jerawat 
  • Hilangkan sunburn
  • Atasi dry skin
  • Melicinkan kulit yg bersisik
  • Melembapkan kulit
  • Mencerahkan kulit yg kusam
  • Elak rambut cepat kering.
Ada banyak sebenarnya nak cerita tapi nanti ada masa lagi, aku share. Sbbnya masa tak mengizinkan. Cerita i kat tv dah nak mula tu. Kahkah. Apa apa persoalan/pertanyaan, boleh dm kat ig @zaiyannazainal sebabnya klau email ke apa mmg tak masuk beb. Kalau nak email jugak, sebulan karang kot aku rply. Nanti iols share natural remedies for glowing face okay. tq!

Ahad, 5 Februari 2017

Anak manja abah

Salam! Rata rata member selalu gakla tanya gambar makanan kat ig tu siapa yg layan. Sebenarnya abah. Dia sgt sgt suka aku makan dan gemuk. Sbbnya bila dekat rumah, mmg aku ni kurang makan. Bukan sbb takde makanan ke apa. Weh, mak aku suka masak. Cuma aku ni sejenis yg suka berkurung dlm bilik.  Almaklumlah, adik beradik duduk jauh. Mak ayah kerja jadinya aku mereput jela dalam bilik sorang-sorang. Badan dah lebih kurang mayat hidup. (yeke?)

Aku ni bukan food lover cuma aku suka mencuba padahal dah try sekali belum tentu habis. Jadinya, mmg kehendak banyak. Pantang tengok yg baru mesti nk cuba. Sebab tu bila duit tgh banyak, tak rugi habiskan dkt makanan sbbnya kenyang dan berbaloi. Kalau keluar pun bukan buat apa sgt. Pergi makan je sbnrnya niat dia. Best beb dpt pulak member tak kering gusi jenis otak masuk air. Apatah lagi dapat yg jenis kuat mkan jgk. Syurga oi. Kakak dgn abang aku selalu jgk cakap benda yg sama.


'Kau patut syukur abah layan apa yg kau nak. 
Dulu kitaorang minta apa apa, susah nk dapat.' 

Ya, anak kesayangan abah. Setakat ni Alhamdulillah sgt apa yg aku nak semua dipenuhi. Even dlm keluarga yg sederhana je, tapi abah selalu cuba untuk penuhi kemahuan anak anak. Kdg2 termenung gak, boleh ke aku jumpa lelaki sebaik abah nnti? Yg sabar dgn karenah aku, ragam aku. Abah orang yg pertama paling risau bila aku dah makin dewasa sbbnya dia tahu.. remaja ni bila dh tamat alam brzakh alam persekolahan, makin banyak kehendak dan langkah besar. Nak bergaya, nak keluar dengan kawan-kawan, kebebasan, bergaul dgn ramai orang dan paling utama sekali perasaan ingin mencuba tu semakin membuak-buak. Abah pernah tanya.. 

'Macam mana agaknya dah duduk kolej nnti? Boleh berdikari tak?' 

Sebak. Yelah, aku mmg depends on him. Everything. Dkt rumah ni boleh dikatakan, segalanya diatur oleh abah. Pakaian aku, kejut aku tidur, ajak aku makan, org kanan aku yg selalu bantu, tolong backup klau ma bebel, driver kesayangan, kawan baik, tempat luahan. Kalau dulu zmn sekolah bila org tanya siapa cuci kasut sekolah, baju sekolah, mmg aku jawab jujur. Abah. Dimata aku, abah segalanya. DialahPolis, Dialah abah, Dialah ibu, Dialah housewife. Mmg abah hero aku.
Selalu jgk org yg macam pelik..

'Habistu kat rumah, mak kau buat apa?' 

Mengurus rumah tangga lah. Macam mak kau jgk. Bukan goyang kaki je. Cuma yelah, ma tak berapa sihat jadinya abah selalu tolong apa semua. Tapi yg kelakarnya, mak aku macam ganas sikit dan sangat sangat garang. Bila aku tanya member aku, 'weh aah lah mak aku pun garang.' 

Sabtu, 4 Februari 2017

Ujian tu kuatkan kita

Ujian kan hadiah dari Allah? Sbb tu kena bersyukur sbb Allah pilih kita. Kita yg insan bertuah ni. Mmg perit, sakit, kecewa tapi setiap penderitaan yg kita lalui harini akan diganti dgn kebahagiaan yg paling manis. Mungkin bukan harini tapi satu hari nanti. Jangan salahkan Allah kalau takdir tak berpihak kepada kita. Allah maha mengetahui beb. DIA sebaik baik perancang. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan. Setiap yg berlaku jgk ada hikmah. Kalau tk wujud ujian, bila kita nak bangkit dari kelalaian? Cukuplah jgn sandarkan hidup kita hanya pada kenangan. Lepaskan. Let them go, smile. Ucapkan syukur Allah pinjamkan bahagia tu even sementara. Allah sends them for a reason beb. Kita akan temui bahagia setelah diuji. Janji Allah tu pasti Allah has better plan. Redha, maafkan semua, doa yg baik baik dan jgn berhenti berharap. Allah tahu yg mana terbaik. Be confident, jgn takut mencuba. Ignore what anyone else thinks. U will be happy soon. Setiap apa yg berlaku kan for a reason? Takde ujian yg melebihi kemampuan kita. Bersyukur sbb Allah dh perliharakan diri kita dari kedukaan yg lebih mendalam. Wipe your tears. DIA dah aturkan perjalanan yg jauh lebih indan dari apa yg kita rancang. Apa hak kita nk mempertikaikan setiap aturan? Allah tk tunaikan kemahuan kita sbb kdg2 tu DIA lebih tahu apa yg terbaik untuk kita beb. Tak semua perancangan yg kita rangka tu baik untuk kita. Takpe, masa panjang lagi. Jika kita tk bersama dgn org yg sering kita sebut dlm doa, mungkin kita akan disatukan dgn org yg diam diam mendoakan kita? Who knows? Kuasa Allah. Mmg merancang tu bagus tapi jgn terlampau berharap. Simpan sedikit dihati kita kesederhanaan sbbnya bila terjatuh nanti taklah terlalu sakit. Ya, jgn kerana seorang makhluk.. kau salahkan pencipta, Ada masa kita silap. Hidup kan berputar? Mungkin harini kita jatuh, satu hari nanti bila kita bangun.. kita akan ucapkan syukur sbb Allah hadiahkan ujian ni. Kehilangan tu bukan melemahkan. Doakan mereka bahagia. Tabahkan hati.

Jumaat, 18 November 2016

Almost freedom

Salam! Nebes gakla bila diknon sendiri dah fikir memasak nak kembali menulis cam dulu. Acah acah nak fulltime as a blogger. Kita tengok semangat tahi kucing dia tahan berapa lama je ok anak anak? Boleh kira berapa kali je aku update tahun ni sbbnya mmg berlagak struggle for staraght A's sgt. (Laaa dakdak spm la ni?) time flies dan hectic week jugakla bagi aku as a student yg menduduki spm. Memang dah menghitung hari untuk freedom drpd paper. Ni pun tgh tunggu selasa ni for science lepastu ekonomi asas. Lama jugakla nak tunggu EA sbbnya 10 hari gap dan sempatla aku nak melabur tahi mata dan menambah jumlah lemak. Time is gold, ok? Kita kena buat kerja yang mendatangkan pak-edah. Salah satunya mcm iols sebut tadi la. Orang kata gemuk tu nampak bahagia. Memandangkan aku pun tgh bahagia mengejar cinta dan cita-cita ibarat sambil berdiang nasi masak. (ecewah ni mmg betul dak spm) Yg penting, I have nothing to proud of. Alhamdulillah bersyukur sgt masih diberi peluang untuk teruskan kehidupan. Memang sekarang ni dalam kepala diknon ada macam macam plan nak kurus, nak cantik, nak kahwin jadi insan berguna. Haha!

Banyak yang berlaku selama aku tak menulis. Terlampau banyak nak dikongsikan. Jari ni kalau boleh, terketar-ketar ha nampak tak tahap kesenduan diknon? idea ada je padahal tapi tak keluar-keluar. Nak diikutkan selalunya aku mmg ketandusan idea pun. Tapi kalau ajak bergosip  neelofa dengan fattah, diknon laju oi. Kalah machine-gun. Takde beza pun iols yg dulu dgn sekarang. Cuma makin comei dan makin gebu je. Eh? Lepasni mesti ada sesi meluah..

'Mana nak tgok muka dia ni cantik ke idok. 
Dari tadi duk puji melambung'

Takpa diknon ni tak kesah kat org sbbnya mmg semua sedia maklum diknon ni jenis katak bawah tempurung, terperap dlm rumah. Tapi bukan kategori ulat buku lagi tapi hampir kategori ulat sampah sbbnya pemalas nak jenazah ni pun dah niat nak bakar buku buku, jual kat org surat khabar. See? Nampak dah kat situ anak murid yg kuwang hajo.

Ahad, 25 September 2016

I'm back!

Salam! Lama gila tak update blog. Terketar jari nak taip yang pasti bukan parkinson. Macam biasalah mak busy dengan class, noks. lepastu busy mengurus cinta (ceh) Alhamdulillah life makin baik dan tak sedih macam dulu lagi. Acah mandi tak basah, makan tak kenyang. Sekarang makin besar dan bahagia. Yang pasti, selamanya selekeh dan makin cantik. ihiks. Aku tak paham kejadah apa pesen tudung tak pin. Bila dah makin sweet17 ni, mood malas nak bersiap menjadi-jadi. Kira aku rajinlah tu kalau nampak aku pakai shawl, ada pin. Aku pernah terfikir kalau orang kutuk ke apa aku ada idea jahat.

'Sekurang kurangnya aku selekeh, aku ada kekasih.'

Bila dah rapat dengan yana, baik dgn 'pakji', aku banyak belajar untuk confident, tegakkan kebenaran dan jgn biar orang buat kita. Kita ada hak untuk bersuara.Yes! Sekarang, I'm proud to be myself. Tak mahu sakitkan hati sendiri dah. Yang penting, jadi diri sendiri dan orang selesa dgn sikap kita. 

Jumaat, 3 Jun 2016

Review: Nanowhite Fresh elok ke?

Jangan pelikla tetiba mood nak menulis aku datang bertandang. Haritu saja singgah watsons nak beli barang sikit tetiba mata terpandang satu objek menarik. Nanowhite Fresh, uols! Aku memang tak sangka dari sanjung gila produk local tetiba turun pangkat. Duit pulak dah tak sabar nak melompat keluar sbb sesak sangat kat dlm. Space kecik. *acah duit banyak sgt*
First time aku tak survey sebelum beli. Memang cari nahas gakla. Duit terbang lagi RM28 posen posen. Tak sampai 30 ringgit pun. Lagipun dia 1set, ada moisturizer, mist (as a toner. sip sip spray fuh feeling fresh sgt!) lepastu face cleanser. Berbaloi wei! Tahan sebulan sebabnya aku ni kedekut jugak sbb guna duit sendiri kan. Jujur sangat pun tak boleh jugak ada yg kena lempang japgi sebab annoying sangat. Tehee. Sampai je rumah, termenung jap.

'Menyesal ke tak?'

Lepas dah beli baru rasa menyesal sebab banyak sangat produk jerawat yg aku beli sebelum ni. Bila fikir semula, ada baiknya aku pakai sebab dah beli. Lagipun feedback, ramai cakap okay sangat especially yg muka oily sebab contains TTO (Tea Tree Oil) Memang sesuai untuk yang ada acne. Macam aku sendiri pun sekarang ni seksa sangat jerawat kecil naik macam ruam. Legalah muka pun Alhamdulillah makin cerah lepas pakai Nano White Fresh. Lepas stop pakai Dnars, mmg muka burn teruk lepastu muka makin lama takde seri. Sebelum ni yakin je nak bergambar lepastu post dekat mana mana. Sekarang jarang sangat dah. i iz malu. T____T 




Face wash: (Nanowhite Fresh Foam Cleanser) 
Foam ni mmg okay untuk oily skin. (correct me if i'm wrong) satu lagi jenis 'mild' mmg sesuai! such as: cetaphil, simple. Not sure la simple tapi mmg brand tu ok jugak. Sebamed pun! Ok sambung. Kalau letak foam cleanser nanowhite ni separuh tiub kat muka, mmg muka kau beranginla jawabnya. Pakai dotdot je. Lepas cuci muka, rasa segar! Dah namanya pun fresh kan. Rasa berangin sbb tea tree oil! Yang penting, wangi sangat bau dia. Muka pun rasa licin!

Mist: (Nanowhite Fresh Miracle Mist)
Fav! Seriously, tak tipu. Lepas cuci muka, aku spray mist ni kat muka. Gila syok! Feeling spray ridset sgt. Dan sangat wangi! Cepat resap kat kulit. Muka pun rasa segar. Sejuk! 

Moisturiser: (Nanowhite Fresh Mattifying Moisturiser)
Ni paling de bomb! i jatuh cinta sangat! Muka tak berminyak langsung bila pakai. Lps dah dapdap kat muka, cepat je resap kat kulit. Lembut je rasa muka ni. Nak apply day cream pun macam best sangat! Aku kasi 5 bintang! Tapi setengah orang pakai macam minyak. Alhamdulillah, aku pakai okay.

Satu lagi aku tak pakai pun scub dengan pimple cream dia. Sebab dah pakai scrub yg St.ivest lepastu pimple cream pulak banyak dah kat rumah. Setakat ni aku pakai Nanowhite selama sebulan, Alhamdulillah okay sangat. Cuma jerawat still ada tapi kulit yang belang ni, makin pulih dan muka terasa licin.

Muka zaman dulu tak pakai bedak dengan sekarang. Jom gelak!
(Sekadar gambar hiasan eheh)

Yg mana nak tanya boleh dm dkt instagram @zaiyannazainal

Jumaat, 15 April 2016

Macam mana nak rawat kulit breakouts

Salam! Mood rajin mak tetiba datang bertandang, noks. Ingat nak post pasal facewash. Sambungan sini Macam yang aku cakap haritu lepas stop pakai DNARS mmg aku runsing gila tak tahu nak pakai produk apa. Alhamdulillah muka tak breakouts sangat. Masih boleh kawal. Bila fikir balik ada baiknya kalau aku cari produk yang dapat  'naturalkan' muka semula. Sekarang aku cuma pakai pencuci muka CETAPHIL (RM23.90) dekat guardian. Ni nak masuk tiga kali aku beli. Watsons kat area rumah aku, stock cetaphil macam tak berapa banyak. Sendu jugakla mencari. Mula mula beli dekat farmasi online RM30 incl postage, hengkau. Menangis purse hakak T_____T Rutin aku sebelum tidur, aku pakai ubat jerawat. Sekarang, ubat jerawat dengan aku tak boleh berpisah langsung. Yang mana elok, aku buat koleksi. Sebelum ni pakai OXY5 tapi kali ni, pilihan pertama aku ialah Aiken Tea Tree Oil. Elok sangat! Tapi aku nasihatkan kepada yang jenis kurang sabar dan fikir nak cepat cantik, nak cepat licin, jangan guna produk ni. i repeat, jangan guna! Sebab apa? sukati kau je kan. Sabar lah dulu tak baik menyampuk.

'Kesan dia lambat siKit berbanding dengan ubat jerawat
 kedua aku iaitu, Nixoderm.' Tu je nak bagitahu. 


'Isi dalam' NIXODERM bentuk bulat naa. Memang terbaik! Harga pun mampu beli. Mula mula nak try, beli yang kecil dulu. Dkt watsons area rumah aku ada stock yang besar. RM12. (Mmg watsons rumah kau ni tak cukup modal eh? Asek limited stock je) Fuh Alhamdulillah jumpa jugak dekat Guardian! RM4.90 yang saiz kecik. Sampai je rumah, excited dia sampai ke telinga. Memang aku sendiri tahu mula mula pakai macam pedih sikit. Tapi gila pedih nak jenazah weh. *Guling kiri-kanan* Esokkan hari pergi sekolah, jerawat nampak macam kecut sikit. Memang magic lah ubat jerawat ni. Bukan sahaja ubat jerawat ya! Tapi boleh jugak 'dotdot' dekat blackhead, itching, rashes, ringworm of the skin and scalp! First time pakai, kena pakai dlm 7 hari gitu lepastu dlm 3 hari seterusnya stop jap kasi muka rehat. Kalau masih ada lagi 'sisa jahat' tu, boleh lah letak lagi tapi pastikan jangan pakai hari-hari non stop takut kang kulit muka jadi kering dan berparut pulak kat bahagian jerawat tu. Memang setakat ni, Nixoderm lah ubat paling best! 5 bintang! Tapi aku nak ingatkan sebelum nak pakai kat jerawat, jangan dotdot tu tebal sangat. Takut nanti ada kepala yang lemas dalam air sebab panas dia boleh tahan mencucuk. Pakai nipis-nipis je ok? 


FLAVETTES VIT C. Aku amalkan jugak dah dua kali beli. Yang ni kunyah/kemam. Aku kemam waktu pagi sebelum nak pi sekolah dengan sebelum tidur je. Lepas stop Dnars, berdesup pi cari kat Alphro Pharmacy. Murah jugakla sebabnya ayah aku member. Jadinya, dapat dalam RM24.90++ gitu. Tak sampai Rm30-Rm40 pun uols. Yang aku boleh nampak sekarang kulit jadi lembut, licin dan cerah secara sihat lepastu yang penting sikit, mula mula amalkan ni mmg pagi2 aku akan 'membuang'. Boleh tahan best la. Nak kesan cepat kenalah banyak minum air putih, tidur yang cukup dan kurangkan kafein dlm minuman.

Ha yang tu pencuci muka CETAPHIL(RM23.90)  yang aku promosi sakan tadi. Memang elok! Doctor pun sarankan produk ni untuk naturalkan muka lepas stop pakai produk kimia. Takde buih ya! Lepas cuci muka, rasa soft sangat macam punggungbaby Alhamdulillah, setakat ni mmg sesuai sangat dgn muka aku. Ni bukan sahaja boleh pakai dekat muka uols. Tapi boleh jugak dijadikan untuk makeup remover, untuk badan pun boleh. Yang penting sekali, fragrance, soap&lanolin free, helps skin retain moisture, non-comedogenic (won't block pores), won't sting eyes, pH balanced, gentle skin on baby's skin. Ha apa tunggu lagi?! Boleh try! Grab one! Tapi klau dah dekat farmasi pun jual cetaphil ni, mestilah kesan pun lambat kan tapi apa salahnya biar lambat asalkan selamat.

Ni ada beberapa tips yg aku nak share kpd gadis2 yang muka tgh breakouts
lepas pakai produk yang contains mercury:-

1. Jangan gelabah, Jangan stress. Senyum!
2. Gunakan tuala kecil untuk lap muka. Jangan share tuala lap badan dengan muka.
3. Rehatkan muka dari pakai apa apa produk. Wajib stop! Dalam 2-3 minggu. Lepastu baru boleh fikir nak pakai produk apa seterusnya.
4. Banyakkan minum air putih. (muka jadi glowing dan sentiasa lembap)
5. Amalkan natural remedies. (Madu, gula, timun, yogurt, teh boh, putih telur)
6. Survey produk yang jenis natural (Tea tree oil, herbs) setakat ni paling elok, produk Good Virtues.co, Hadalabo, Cetaphil, Sebamed, Himalaya) Better pakai cetaphil sampai habis untuk buang kimia. Then, bolehlah nak pakai produk lain. Tapi jangan terus pakai produk yang brightening! Kalau boleh, ATUR STRATEGI. berperingkat!
7. Jangan sentuh muka waktu berpeluh. (Tengah hari/petang) Tangan kita belum tentu bersih gais. Sebab tu pimples mudah naik. Campur pulak muka tgh oily.  Hanya Allah je yg tahu. T___T
8. Prepare untuk ubat jerawat! Penting sekali. Yang aku boleh cadang setakat ni Tea Tree oil Aiken, T3 gel, Nixoderm.
9. Setiap petang, boleh sapu muka dengan gel aloe vera. (Gel Aloe vera brand Fruits of The Earth) Lepas dah stop produk sebelum ni, mestilah muka kekadang tu terbakar teruk. Macam pengalaman aku sendiri. Alhamdulillah ok sangat lepas dah sapu aloe vera.
10. Makan supplement yang boleh repair kulit. (VITAMIN C!)Yang penting, ada KKM. Lebih selamat kalau beli kat farmasi, guardian, watsons.



Ha yang aku conteng tu GEL ALOE VERA FRITS OF THE EARTH! Mmg sangat2 best!  Ramai cakap elok dan aku sendiri sedang guna. Faham2 jelah watsons area rumah aku ni buat hal lagi. Stock habis pulak. Merata aku cari weh tetiba pergi Guardian, ada yang brand Guardian. Mula mula ragu-ragu gak elok ke? Tapi aku rasa, fungsi dia sama je sebabnya 100% pure. (iyelah sangat ken. Belum cuba belum tahu) Tapi aloe vera yang guardian, tekstur dia kureng sikit. Aku kasi 3/5 sebabnya rasa lekit. Bintik merah naik kat muka tetiba tapinya tunggu lagi 1 minggu. Kalau tak molek jugak, terus ada iritasi.. aku stop. Brand yang Fruits of The Earth jugak terbaik weh! Sebelum aku lupa, harga dia dalam RM7.90 tak sampai RM10 pun.

Yang sebelah aku conteng, ada nampak kan AIKEN TEA TREE OIL? Ha yang tu lah aku cakap sapu kat jerawat sebelum tidur. Best gak! RM11.90 rasanya. Tak sampai RM13 pun weh. Beli kat guardian murah! Tapi ubat jerawat yang ni, bau dia busuk sikit tapi menjadi. Banyak kali pakai, memang jerawat kecut.

Thanks for reading :)


Yg mana nak tanya boleh dm dkt instagram @zaiyannazainal